Rabu, 17 Jun 2009

Vigil pertama 1069 MTSSR -Hari Pertama

Vigil pertama Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal telah di adakan pada 20 hingga 22 Mac 2009 bertempat di kawasan perumahan Skipper Haji Mohd Paizzal sendiri iaitu di Perumahan Lambak Kiri. Vigil adalah satu istiadat penobatan seorang pengakap biasa menjadi pengakap Kelana. Vigil tersebut telah di ikuti oleh 10 orang Pengakap 1069, 3 orang dari Maktab Soasc (Jemputan) dan seorang dari Majlis Pengakap Kelana Kebangsaan.
istiadat penyampaian world bureau dan penerimaan sebagai Calon Bakal Pengakap Kelana

Skipper Haji Othman bin Durani menyampaikan world bureau Solat Hajat yang di lakukan beramai-ramai sebahagian dari istiadat vigil dimana ianya di lakukan pada tengah malam iaitu kira-kira jam 2 pagi.

di kehendaki memperbaharui Persetiaan

Setelah istiadat Muhasabah diri dan kini telah di nobatkan sebagai Pengakap Kelana 1069

Setelah di masukan Apulet di bahu dan di terima sebagai Pengakap Kelana.

Sedikit penerangan setelah istiadat penobatan di lakukan oleh YM Skipper Haji Mohamad Paizzal (Ketua Krew / Pemimpin 1069)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan